Saturday, January 22, 2011

10 Petanda dia Jodoh Kita.

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.PERCAYA-MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

**Apapun kembalilah kpd fitrah kita sbg Hamba ALLAH,sejauh mana kita merancang tetap harus tunduk kpd ketentuan-NYA***

"Tetapi boleh jd kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bgmu & boleh jd kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bgmu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..."(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)

p/s:carilah yg Halal,insyaALLAH kamu akn dpt kebahagiaan bkn skadar di dunia malah akhirat pn dapat.
"BERSABARLAH DEMI REDHANYA"

Wednesday, January 19, 2011

~Ini Kali Lah~

Salam!
Haha, Lucu pulak tngok nie tajuk. Sy letak tajuk nie sbb mcm-mcm berlaku this week, last week and last 2 weeks! (Hmm, sdg flash back balik pa semua yg trjadi..) Yes! Sy ingat sdh! I/c sy sudah siap, yg mggu lepas lg siap tue ic. Tapi agak sedih lah jg sbb x puas lg dgn ic yg lama tue. I/c yg lama tue ada kelebihan. Sebabnya, kalau orng tngok lah kan i/c tue mesti dorang cakap, "waaa! Gemok pulak ko dlu kan win??Sekarang kurus sdh nie, xda sudah tue lemak di leher, ada pun ckit ja,". Hahaha! Tue lah sy suka i/c lama,dpt pujian percuma. Hehehe~ Tapi ada kawan sy cakap, pujian itu hanya untuk-Nya. (^_^)

Ohya! Sabtu lepas (15 Jan 2011), sy join treasure hunt OKU anjuran KEBSO. Best lah juga. Dalam group sy ada seorang pekak, seorang buta dan seorang yg normal (soLLihin namanya). So jumlah semua ada 4 orng lah dlm group tue. Kami group nombor 2. Yang lucunya, ada 3 klu tue kami kena tolong oleh Abg Mizy sbbnya kami x jumpa langsung. Dah lah sy tym tue baru bgn, tiba2 ja ikut prtndingan nie. Mamai2 lg nie. Hahaha!
Tp alhamdulillah lah jg sbb group kami dapat nom 2 dan hadiahnya botol air. Syukur & Syukran!! (*_*)

Hmm, Hari Isnin (17Jan 2011) pulak sy with F4 Sentosa pegi lah ambik keputusan exam PPISMP sem 3 punya. Sungguh menyedihkan, result ku jatuh, adui! Kecewa tau. Kwan2 yg lain semua tinggi they all dapat. Tapi sy bersyukur jg lah sbb dgn keputusan sy yg x seberapa tue dapat jg sy sambung ke degree. Hooraayy!! Orang pertama tau psl nie of cos lah my parents! Mrk pun hepy dgn result sy dan sy berazam maw dpt lebih baik utk exam sem 1 degree nie. Doakan kejayaan ku..Amin~

Bulan nie mmg banyak cuti sekolah. Mggu nie ja cuti 4 hari sbb Thaipusam. Teringin nak pegi Batu Cave, huhu. Lepas tue mggu2 depan pulak cuti Chinese New Year, 1 mggu. Huh! yg nie pun x balik Sabah jg tapi kwn ajak g Negeri 9 join PEKEPIS. Maybe join nie, sbb RM10 ja maw byr & mesti dpt byk ilmu. Insya Allah....

Itu sahajalah..Wassalam =)

Friday, January 14, 2011

Fitrah Kejadian Manusia

Tadi masa kelas Pendidikan Awal Kanak-kanak, kami belajar pasal fitrah kejadian manusia daripada perspektif agama yang berbeza-beza. Daripada agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Islam.

  • Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s.
  • Daripada Adam, Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.
  • Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari air, tanah (at-turab), dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib), dari tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) dan meniupkan roh.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"


Q.S Al-Hijr (15):26

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Kristian.
  • Kitab suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (2:7): "then the LORD God formed man from the dust of the ground...."
  • Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.
  • Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.
  • Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
  • Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.
  • Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
  • Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.
Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Buddha.
  • Kejadian manusia menurut Buddha Dhamma agak unik.
  • Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.
  • Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan.
  • Mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.
  • Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu dan tengiur akan sari tersebut.
  • Lalu, tubuh mereka memadat dan dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah.
  • Mereka yang indah memandang rendah dengan bentuk tubuhnya yang jelek.
  • Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelakiannya dan yang wanita jelas kewanitaannya. 
  • Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.
Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Hindu.
  • Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta iaitu enam jenis rasa seperti manis, pahit, masin, masam
  • Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri.
  • Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.
  • Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.
Kesimpulannya, setiap agama ada proses kejadian manusia masing-masing. 

Saturday, January 01, 2011

Diam-Diam.


Wajah yang tampan
Sunggu menawan
Dan juga kaya ku suka dia
Tapanya kaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu

Hehe, syok juga jatuh cinta dalam diam tau. Diri sendiri shj yg tau. Lepas tue kalau cinta nie berbalas, mmg epy betol lah, hehe. Masa sekolah dulu pernah sy mcmnie, sampai skrg orang tue xtau sy nie pernah jatuh cinta dgn dia. Tapi kami rapat sgt tau, sbb tue xkena tau yg sy nie sbnrnya sdh fall in love dgn dia. Hehe..
Sekarang nie dia sdh pun ada yg istimewa, tapi sy x pun kecewa@sedih, sbb kumbang bkn seekor.Hehe..
Betol kah tidak??? Fikirlah sendiri...(^,^)

Ronda-ronda CP KK..

Semalam lagi saya maw certa nie, tapi semalam penat sangat2 sbb berjalan dgn family. Balik rumah, terus 'pengsan',hee. Semalam bersamaan 31/12/2010, saya dgn family berjalan-jalan lah d Centre Point KK. Maw menghabiskan cuti nie bersama keluarga lah kunun tue, hehe. Masa sampai d sana, ingatkan sikit ja orang, rupa-rupanya ramai nie. Tau2 sbb ada pertandingan karoke anjuran tue DG, patut pun ramai. Tapi bukan sebab tue ja ramai, ada sebab lain gk. Sebabnya kan esoknya tue thn baru, jadi ramailah yang keluar dgn bf@gf mereka. Ada jg yg keluar dgn family dan kawan2 dorng. Tapi yg sy perasan paling ramai keluar dgn kawan-kawan lah. Siap ber'geng' lagi nie. Lepas tue, macam2 lg fesyen yg sy nmpk. Dari yg kecik sampailah ke besar, semuanya bergaya. Ada yg smart dan ada yang tidak lah,hee. Sebabnya, ada lelaki nie serupa dgn perempuan, ada perempuan nie serupa macam lelaki. Adoi, takutlah pulak, minta dijauhkan lah perkara2 mcmnie dr saya.~

Yang syok lagi kan, my mom belanja sy kasut, tinggi lagi tue, 2 inci. Saya nie sdh lah x pandai pakai kasut tinggi gtue, kalau setengah inci pandai lah, huhu. Terus my mom ckp lah,"Masa d mktb lah, adik belajar pakai kasut tinggi. Nanti jadi cikgu, mcmnie lah kamu kena suruh pakai tau." Terus sy pun mengiyakan ja lah, dalam hati mmg maw try gk pakai kasut gnie. Hahaha! Macam gediks plak kan? Ahaks!

Ohya! masa pertandingan karoke tue kan, ada sorang nie nyanyi lagu c Stacy, tajuknya 'Jahat' tue. Memang best giler lah~ Lincah lagi tue dia menari, macam maw terjoin pulak dia menari d pentas tau. Ahahahaha! Nasib baik dapat kawal diri gk, heee~

Itu ja lah yg sy dpt cerita masa ronda2 d CP. SELAMAT TAHUN BARU, WELCOME TO 2011!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers