Sunday, December 25, 2011

Kenapa Ko Macam Nie??


Wuwuwu~ Saya kecewa dengan perangai kawan saya yang sorang nie. Yelah, kami dua sudah lama berkawan, sejak form 4 lagi sampai lah sekarang (4 tahun, maw masuk 5 tahun). Dulu dia memang baik, carring, understanding pasal saya, tiap arie kami akan msj2, kongsi apa saja yang kami dua buat.

Tapi sekarang, lepas dia masuk di U, dia macam berubah sudah nie. Bukan macam yang saya kenal dulu. Saya tidak tau lah dia perasan atau tidak dengan perubahan dia tue, tapi saya memang dapat nampak sangat-sangat perubahan dia.

Yalah, dulu before dia masuk U memang dia ada cakap dia akan jarang contact dengan saya,itu saya faham sebab saya pun macam tue gak. Tapi sekarang saya rasa pelik dengan perangai dia. Cepat betul maw marah-marah. Tau lah, mungkin dia tertekan dengan study or kerja dia, tapi kenapa lepaskan tempat saya? Dia ingat say nie tiada perasaan kah? Dia ingat saya nie tunggul yang boleh dibuat apa2 saja? Memang saya kecewa sangat2 dengan apa yang dia buat dengan saya, tapi entah lah saya tidak dapat luahkan kekecewaan saya ini pada dia. Sebabnya yang saya terfikir, dia sudah 20tahun, mungkin dia faham apa yang saya rasa bila dia buat gtue.

Lepas tue, sekarang nie dia suka mendesak kalau maw apa2 ja. Lepas tue maw free2 jak lagi tue. Saya tidak kisah lah dia maw free atau bayar kan, tapi yang saya kecewa bila saya tidak dapat tunaikan atau bagi apa yang dia mahu tue, trus dia maw merajuk. Lepas tue maw ungkit2 pasal tue benda sampai last2 saya akan mengalah dengan kehendak dia.

Hmm..saya tak tau lah mcmna nak buat. Maybe nie salah saya juga kot sebab terlampau ikutkan kehendak dia. Tapi nak buat macamna, atie saya nie bukannya keras. Sekali dipujuk terus cair. Huhu.

Lepas nie kena cuba kuatkan hati @ keraskan atie. Hehe =)

Wednesday, December 07, 2011

Lirik Lagu: Dan Bila Esok

Assalamualaikum..




Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Friday, December 02, 2011

Pentingkah Sekufu?

Assalamualaikum..
Semalam saya ada tengok Semanis Kurma, Channel 119 di Astro. Tajuk forumnya, "Pentingkah Sekufu?". Menarik pulak tajuk forum tue, saya pun apa lagi, layan teruslah. Hehe. Rancangan tue hampir sampai penghujungnya tapi sempat lagi lah dengar sikit2 apa yang dorang bincang. 

Masa saya dengar tue, timbullah juga keinsafan pada diri. Yalah, jujur saya katakan, dalam fikiran nie kalau sebut ja pasal sekufu mesti tentang harta, pekerjaan dan taraf tue mesti sepadan. Tak mau lah yang hensem sangat. Tak mau lah kalau kaya sangat atau miskin. Tak mau kalau kerja sendiri atau xda kerja. Memilih kan? Hmm, memilih tue memang boleh, tapi jangan hanya pandang pada luaran sahaja. Jangan pandang pada pekerjaan bakal suami/isteri. Jangan hanya pandang pada rupa bakal suami/isteri.

Lepas tue, memang budaya tempat kita kan, kalau pergi merisik mesti soalan yang ditanya apa pekerjaan si anak? berapa gaji si anak? sudah lama kah mereka nie kenal? Hmm, lebih kurang gnie kot, saya dengar pun kat rancangan nie lah. Hehe. Tapi, sebenarnya  parents perlu tanya juga, sudah khatam Quran kah si anak? solat cukup tak? Puasa cukup tak?. Hal nie bukannya perkara remeh,. Yalah, tanpa pegangan agama yang kukuh macamna nak membina mahligai bahagia di dunia dan akhirat kan? Lagi-lagi si suami. Sebabnya, mereka lah ketua keluarga merangkap pembimbing kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi soleh dan soleha.

Jadi, saya pun terfikir lah saya nie termasuk golongan mana? Samada yang memandang luaran sahaja atau kedua-duanya?? Saya harap lepas nie tengok pada pegangan agamanya dahulu. Bak kata pepatah, cantik seseorang tue lahirnya dari dalamannya......So, kalau cantik di dalam, di luar automatik turut menjadi cantik...InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers