Semalam saya ada tengok Semanis Kurma, Channel 119 di Astro. Tajuk forumnya, "Pentingkah Sekufu?". Menarik pulak tajuk forum tue, saya pun apa lagi, layan teruslah. Hehe. Rancangan tue hampir sampai penghujungnya tapi sempat lagi lah dengar sikit2 apa yang dorang bincang.
Lepas tue, memang budaya tempat kita kan, kalau pergi merisik mesti soalan yang ditanya apa pekerjaan si anak? berapa gaji si anak? sudah lama kah mereka nie kenal? Hmm, lebih kurang gnie kot, saya dengar pun kat rancangan nie lah. Hehe. Tapi, sebenarnya parents perlu tanya juga, sudah khatam Quran kah si anak? solat cukup tak? Puasa cukup tak?. Hal nie bukannya perkara remeh,. Yalah, tanpa pegangan agama yang kukuh macamna nak membina mahligai bahagia di dunia dan akhirat kan? Lagi-lagi si suami. Sebabnya, mereka lah ketua keluarga merangkap pembimbing kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi soleh dan soleha.
Jadi, saya pun terfikir lah saya nie termasuk golongan mana? Samada yang memandang luaran sahaja atau kedua-duanya?? Saya harap lepas nie tengok pada pegangan agamanya dahulu. Bak kata pepatah, cantik seseorang tue lahirnya dari dalamannya......So, kalau cantik di dalam, di luar automatik turut menjadi cantik...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment