Tuesday, March 29, 2011

Apa Itu PBS?

PBS...bukan Parti Bersatu Sabah tau (ada someone ckp gtue,huh!) tapi Pengalaman Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS. Tau kah apa itu PBS? Mari sini Awin Bulat terangkan yaa?Terus terang, terang terus nie.


PBS merupakan satu kompenen daripada Amalan Profesional bagi pelajar PISMP. Pelaksanaan PBS memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. PBS ini dijalankan selama seminggu dan ditempatkan di sekolah rendah yang dipilih sendiri oleh pelajar atau pensyarah yang tentukan.


Berikut adalah PBS mengikut semester:


  1. Semester 1: Pengajian Profesional
  2. Semester 2: Major
  3. Semester 3: Elektif 1
  4. Semester 4: Elektif 2




Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang sakit memerlukan pengesahan daripada doktor/pegawai perubatan. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan. PBS juga kena buat penyataan profesional sebelum, semasa dan selepas PBS. (letih gak lah tapi apa boleh buat, demi markah, huhu) 

Nanti sesiapa yang nak g PBS tue, pensyarah akan bagi buku panduan dengan surat untuk diberi sekolah yang nak kita g bwt PBS tue. Contohnya macam kat bawah nie:-

Buku Panduan PBS
Surat. (wajib bawa tym PBS!)



 Okey, itu sahaja mengenai PBS. Jadi sesape nak masuk Institut Perguruan nanti, boleh lah memohon maktab ye :)
 Bye......Assalamualaikum..:)

3 comments:

Ahtool Izzra said...

ko pbs dmana awin ?

Awin said...

sy pbs di terengganu...ndak dpt balik sabah..bwt d sna dii..huhu

Awin said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers