Saturday, July 30, 2011

3 Perkara Yang Memalukan Diriku :D

Assalamualaikum.

tanggal 24 julai 2011, kelas sy bwt BIG untuk kali kedua=semester dua nie di Yayasan Al-Ijabah dekat Puchong, Selangor. untuk sem 2 nie BIG kami ialah khidmat masyarakat. aktiviti kami di sini ialah gotong royong. kami kasi bersih surau, asrama, cat asrama dorang. bukan kami ja bwt lah, dorang pun tolong2 juga. bak kata pepatah, bekerjasama. hehe :)



PERKARA MEMALUKAN YANG PERTAMA:

hmm, masa mula2 sampai tue, kami berkumpul d surau dorang dlu. bgtau lah pa tjuan kami dtg sna. lps tue warden@ustaz dorang bgtau lah yang kanak2 d yayasan al-ijabah tue semua tahfiz. rupa2nya yang kami pegi tue asrama dak laki yayasan tue. asrama pompuan tmpt lain. emm,  plg muda darjah 6 dan paling tua 18 thn.

lps ustaz tue hbs bercakap, budak2 laki kls sy pegi lah salam penghuni yayasan tue, sebagai tanda hormat lah kunun tue. lps tue, sy dgn bangganya dan tnpa rasa malunya serta segan silu pun follow lah budak laki kls sy tue. maw salam mana boleh kan sbb bkn muhrim, lps tue sy juz g tunduk hormat ja lah. lps tunduk punya tunduk tue, tym toleh blkng, sy pelik lah. mana kawan2 pompuan sy nie?? rupa2nya dorang x follow pun blkng sy tue. punya malu sy rasa...!!huhuhuhu!! tau2 sy saturang ja yg bwt gtue mah dak2 tue. bayangkan lah, semua lelaki tiba2 ada sorang pompuan. adui! patut pun, dak2 laki tersengih2 tngok sy. malu2!!
 arggghhhhh!!!


PERKARA MEMALUKAN YANG KEDUA

emm,yg nie mmg memalukan lah jg. huhuhu. tym nie kami sdh siap kemas asrama dorang. lps kemas tue sy dgn kwn2 pun melepak lah kat bilik tue. kwn2 sy yg lain duk atas lantai ja. sy nie pulak gatal punggung nak duduk jg atas katil.

sblm tue kwn sy, c Tqah mmg sdh warning, dia ckp "win, xyah lah duk kat katil tue, dok atas lantai jer nnt patah katil tue ko duduk. ko tue bukannya ringan."

sy pun dgn egonya ckp lah, " aissh, ko nie, aku nie kan makin kecik, jeles lah tue~"

sekali tym syok2 bercerita tue, sy duk lg dalam, tiba2 katil tue berbunyi, KREKKKK KREKKK!!!

punya terkejut sy tym tue, OMG! patah kah katil nie?? kwn2 sy n penghuni yayasan ada sekali tym kejadian tue. semua terkejut dan serentak kasi ketawa sy nie. argghh!! punya malu. apa yg sy bwt nie?? lps 1 perkara sy bwt, 1 perkara g sy bwt. aduii2!!!

trus ada lah sorang budak tue backup sy (kot~), dy ckp,"jgn risau kak, katil kami mmg gnie, bukan patah tue,"
trus sy pun lega lah lps dy ckp gtue namun rasa malu tue still ada. hahahaha!


PERKARA MEMALUKAN YANG KETIGA@TERAKHIR

tym nie mmg kesian lah budak yg kena dgn sy tue,hehe. begini, tym tue pukul 11 dah kot. penghuni yayasan tue blom sarapan g. ada sorang budak tue tgh mengecat asrama dorang. sy yg melihat pun rasa kesian lah. then sy p tnya dia, "adik dah saarapan x? g lah sarapan dlu, nnt akk smbung kerja nie"

budak tue pun bg lah berus cat tue. tym sy ambik dr dia, ntah mcmna sy pegang trus tiba2 terkena kt baju dy. dah lah baju jersey m'sia kaler biru baju dy tym tue. trus budak tue pun terkejut, dy pandang sy. sy pun terkejut jg dan pndang dia balik lalu tersenyum dgn begitu kiut sekali. hee.. smpai budak tue x jadi maw marah mah sy nie. huh! selamat~~

tym certa dgn kwn sy, semua tnya kenapa sy jd gtue? maw ckp sy nie nerves jumpa dorang ndak jg. hoho! tp xpalah. pengalaman bha semua tue. hehe. pngalaman2 tue lah bwt sy teringat ja psl BIG nie. hehe.
next BIG nk buat d zoo lah. hmm~mesti lg best kan? :)

Tuesday, July 26, 2011

Beribu Sesalan

kenapa?kenapa?kenapa dia bwt aku begini? wani terkejut sangat apabila terbaca apa yang di'post' oleh aris.

>>>"KASIH KU KEMBALI"<<<

perasaan wani seperti dihempap oleh sebiji batu yg besar, gedebuk! OMG! biar betul aris nie. wani berbelah bahagi sama ada hepy dengan mereka yang kini telah kembali bersama atau sebaliknya. wani tidak percaya dengan apa yang dia baca. berkali-kali wani baca apa yang di post oleh aris tersebut. wani mengharapkan apa yang di post tue hanyalah gurauan atau mimpi sahaja. mungkin mata wani yang salah lihat. mungkin bibir wani yang salah baca. namun, wani kena terima hakikat bahawa aris dan gfnya telah kembali semula.


serta-merta wani remove aris dari fbnya, remove aris dari blognya, padam segala-galanya yang ada kaitan dengan aris. kalau boleh wani mahu kenangan bersama aris hilang dan terpadam secepat mungkin. betapa seksanya jiwa wani setiap kali terfikir mengenai perbuatan aris. namun, wani perlu redha dengan apa yang terjadi. wani harus mendoakan kebahagiaan aris kerana hubungan mereka berdua kembali semula, pulih seperti sediakala. tetapi, setiap kali wani ingin berbuat demikian hati dan jiwanya pedih sangat-sangat. bak kata orang luka di luar boleh pulih, tetapi luka di hati belum tentu lagi.

untuk melepaskan kekecewaan yang melanda wani, dia post sesuatu di blognya dan mengharapkan agar aris membaca apa yang dia post tersebut. wani harap dengan kata-katanya tue aris sedar dengan apa yang telah dia lakukan.


Kisah janji
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


***************************************************************
selepas kejadian tue.....

wani telah memulakan kehidupan studentnya seperti biasa. fikirannya telah kembali seperti biasa dan tidak serabut lagi memikirkan hal-hal yang remeh sedemikian. fikirannya memang tidak pernah lagi memikirkan tentang aris lagi. wani telah membuang nama aris jauh2, sejauh yang boleh. wani kini bahagia bersama teman-temannya dan keluarganya.

dalam tempoh tue jg ex wani ingin kembali semula bersama wani, namun wani tidak dapat terima kerana kepercayaannya terhadap lelaki telah luntur. dengan semua lelaki dia berasa ragu-ragu. wani tahu segala yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya.

hampir setengah tahun wani langsung tak dengar khabar mengenai aris. bukannya dia nak tau jg sebenarnya.hehe:) dan masa nie juga wani pun telah tamat studynya untuk pra di maktab. alhamdulillah, peperiksaan dapat wani jawab dengan mudah dan wani harap keputusannya cemerlang. amin...

cuti hujung tahun pun telah bermula selama sebulan setengah. wani kembali pulang di tanah airnya yang tercinta. sepanjang cuti tue wani bekerja di kedai family, jadi cashier, tukang masak, tukang buat air dan macam-macamlah kerja wani buat. rajin x? hehe

pada suatu malam tue, sebelum wani melelapkan matanya tiba-tiba ada mesej masuk. sampai 2 page pulak tue.

"haisshh, siapalah hantar mesej panjang2 nie, orang maw tido sudah bha nie," monolog wani.

tapi wani baca juga sebab susunan mesej tue smart. bunyi mesej tue macamnie.

"saya ada sebilah gunting....bla,bla,bla,bla......(part last tue best)
gunting tue saya simpan dalam laci, tapi awak dalam hati.. :)"


wow! wani pelik, sepa pulak send mesej smart btol nie. wani tengok nombornya, 014*******. macam kenal ja nom nie. OMG!!!! takkan....................

siapakah gerangan yang menghantar mesej tue..??

Monday, July 25, 2011

Dalam Dilema

kan bgs kalau wani nie jadi gf aris.......

hmm, fikiran wani buntu memikirkan kata-kata aris nie.
"banyak-banyak pompuan pun, aku juga yg dia nak? perasan 'hot' jg aku nie. hehe"

wani pun xtau nak jawab apa dgn aris sbbnya pada masa nie aris still ada gf lg. tapi menurut aris, mereka dah x ada apa-apa lagi. gf dy tue nak tak nak jer layan dy. masa dgr dy meluah tue mmg wani rasa sedih lah jg, sbb aris nie x kena peduli oleh gfnya. wani nak tak nak percaya jer lah cerita aris tue. wani nie pulak sorang yang agak berhati lembut (bukan lurus bendul), yelah kan aris cerita macam-macam dgn wani, so wani rasa macam dia tue dipercayai oleh aris dan aris serius dgnnya.

lama-kelamaan sedikit demi sedikit perasaan aneh muncul dalam hati wani (sukar ditafsirkan). wani sahaja yang tau perasaan tue, cuma wani xnak mengakui perasaannya tue terhadap aris. pompuan kan, kena jual mahal lah cket dgn lelaki nie. nak2 aris tue seorang yang agak berupa paras@hensem, mesti wani rasa rendah diri dan merasakan aris tue sekadar suka-suka jer nak jadikan wani sebagai gf aris.

sejak aris berkata sedemikian dgn wani,panggilan dalm sms pun dah berubah. mula-mula 'ko dan aku', kali nie pulak dah tukar jadi 'abg dan syg'. tym nie mereka belom declare lagi tapi dah begitu. yelah, masing-masing jadi ulat bulu dah naik bulu lah katakan. haha! hmm, wani pun hepy lah jg tym nie. tapi dalam masa yang sama dia tetap rasa bersalah. sebabnya, sebagai kwan sepatutnya dia pulihkan hubungan aris dgn gf nya. nie tidak, dia layan pulak apa yang aris katakan pada dy dulu.

aris ada tnya jg dgn wani.
"hmm, mcmna?"

wani pun fikir jwpn apa yang patut dy bg dgn aris,
"bila aris dah putus betul2 dgn gf aris baru wani comfirmkan. wani rasa mcm wani nie perampas lah"

aris seperti kecewa lah,
"xpelah kalau gtue, orang tak sudi nak bwt mcmna....~"

dalam masa yang sama wani takut jg kehilangan aris,
"bukan tak sudi tapi tue lah, harap aris faham lah ek? "


lepas tue aris x contact dgn wani. memang wani rindu sangat dgn aris. hampir setiap malam dia akan tngok facebook aris tunggu aris on9 dan juga blog aris. manalah tau kot2 ada aris post khas utk wani. tapi penantiannya tue menghampakan. bila aris on9 wani x on9, bila wani on9 aris pulak tak on9. wani rasakan mereka berdua xda jodoh dah. hmm..

ada 1 mlam tue, wani sekadar membaca post2 aris kat fb tue jer lah. banyak aris post dan wani ingatkan post tersebut ditujukan untuk dy. nak tak nak, malam tue jg dy kol aris dan tanya kabar aris. lepas kol tue wani pun excited lah nak post kat blog dy psl aris. tapi tiba-tiba wani terbaca something kat blog aris yang memang menyebabkan hatinya pecah berderai bak kaca terhempas. serta-merta wani menangis lepas membaca apa yang ditulis oleh aris.

apa yang aris post di blog tue? kesian wani....

Wednesday, July 20, 2011

Nukilan Khas Buat Mu

CINTA 
berapa kali ku harus katakan cinta
berapa lama ku harus menunggu mu

cintaku bertepuk sebelah tangan
tapi aku balas senyum keindahan

pernahkah sejenak kau mengingat aku
pernahkah ingat walau seperti angin berlalu??


Aku...
MENJAGA HATI namun
masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah petanda
cinta tak di sini lagi
kau telah berpaling.......



Aku redha kalau ini ialah
SAAT TERAKHIR KU DENGAN MU......
tak pernah terfikir oleh ku
tak sedikit pun ku bayangkan
kau akan pergi tinggalkan aku sendiri...

begitu sulit ku bayangkan
begitu sakit kurasakan
kau akan pergi tinggalkan aku sendiri......




Hmmm.........

OK!
seandainya ko bilang saja pada ku
apa yang kau rasakan
tanpa harus kau diam dan diam lagi
buat ku tak mengerti

kau datang dan pergi
seperti sibuk sendiri
aku bingung sendiri
kau buat aku jadi pusing



Mungkin.......

KAU TAK BISA MEMILIH DIRI KU KERANA
telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
dalam ruang dan waktu
sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu
resahku tanpa hadirmu

sungguh berat hatiku untuk merasakannya
salahku mencintai dirimu saat jauhku terpisah
darimu dan hadirnya menyentuh hatimu
untuk dicintai olehmu
hatiku pun inginkannya
hingga runtuh setiaku kepada dirimu...



SELAMAT TINGGAL KEKASIH TERBAIK.........
selamat tinggal kekasih
selamat tinggal sayangku
kekasih terbaik
yang pernah singgah di hatiku

jangan pernah kembali
duhai sayangku.................




Saturday, July 16, 2011

Rindu My Hagemaru

hagemaru <3


nie adik saya. namanya nazrin. tiap kali nmpk dia mesti teringat hagemaru dan tiap kali tngok hagemaru mesti tringat nazrin. nma panggilan dia ACIN. dia nie adik bongsu saya. sayang sgt dia sbb dia nie aktif dan suka tiru apa yang kakak dia buat. kalau kakak dia berlari, dia pun maw berlari. kakak dia nangis dia pun maw nngis. hehe. memang lucu lah perangai dorang dua nie. suka betol sy tingu telatah dorang. haha!

em, besok bersamaan 17 julai befday c acin yang ke 2 tahun. tak tau lah mcmna perangai dia lps nie. mgkn makin baik atau mgkn makin menjadi peniru yang handal?? tunggu dan lihat lah. :)

apa maw kasi hadiah tahun nie arr? sy nie kureng sket kalau beli barang2 lelaki. hehe. yang sy terfikir selalu maw beli kasut atau baju. emm, tngok lah mcmna. baju raya? em, dia sdh ada lah. huhu.. 

kan bgs kalau ada patung hagemaru. boleh jg bg dia. tym tido dy boleh pelok. hehe 

ok lah, nk wish awal2 lah utk adik sy yang cute miut nie. 

" buat adikku nazrin bin roslan yang telah mencapai usia 2 tahun. syukur alhamulillah. kakak nk ucapkan selamat ulang tahun buat acin. semoga acin dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh, jadi anak yang akan berbakti kpd mama dan bapa, berjaya dalam mencapai cita2 dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa. kakak sentiasa doakan acin dan kakak sayang acin sangat2!!!!"




Monday, July 11, 2011

Bertemu Kembali..

dupp..dapp...dupp...dapp...

tym nie wani dh smbung stdy. result spm dy mnyebabkan dy smbg stdy d kuala lumpur, yelah dapat tawaran nk jadi pendidik anak bangsa yang kian ramai ini. hehehe. ringkasnya maw jd cikgu lah tue :). tp bkn calang2 cikgu tau, dy jd cikgu utk kanak2 yg special nie. spnjg wani kt tmpt dy stdy tue, mmg aris x pernah contact dy.


tapi.......

tapi, dah hampir stgh tahun wani kt kL mneruskan pengajian, tiba-tiba.....

tett..tett..(bunyi msj dlm hp torchlight wani)

"salam, lama ndak dgr kabar? ingat aku kah lg?"

trus blank c wani..tp dy rply jg..
"wsalam. sepa nie arr?? sory hp dlu hilang, nom smua trpadam. huhu"
(maw cover kunun tue, nnt kena ckp lupa kwn. hehe)

c dia nie pulak, suka lah sbb msj dy dibalas jg. hehe
"aku bha, c aris. yg ko salah send msj dlu. orang sana. ingat kah lg? mesti tdk kan, sbb lama sdh kita ndak contact?"

emm, memulas fikiran c wani nie. maw ckp lupa ingatan ndak jg. huh!
"aris mana arr? sorry, sy betol2 ndak ingat oww. sbb lama dah kita ndak contact kan? cuba ko kasi ingat balik sy."

aisshh! pelupa lah pulak pompuan nie. hmm...
"ko ingat kah lg aku pernah cakap aku maw bwt reunion d kolam air pns tue dgn classmate aku?"

aik! mcm aku ingat sdh ckit2..
"emm, yg kita brkenalan tym ko on da way balik kg kah? tym tue ko dlm bas kan? sy salah nom kan?"
(excited nie bha, hehe)

hbt jg dy nie, spt dy ingat. hee =D
"iya, yg tue lah tue. ingat pun ko. hehe. bha pa kbr ko?"

emm...
"kbr baik. ko? mestilah ingt, blom tua bha lg. hehe"

wani dan aris pun akhirnya contact balik. epy jg wani sbnrnya sbb aris contact dy balik. hehe. lps tue, dorang pun bertukar2 lah certa. aris bgtau dia sekarang d pulau pinang, tgh stdy. tapi praktikal d kota kinabalu. hosp tempat wani lahir dlu lah.

wah, ndak sangka2 nie bha dpt kenal orang hospital. sbb dlu wani mmg cita2 maw kerja d bhgn hospital. tapi impian tue hanya tggl impian. xpalah, dapat kawan orang hospital pun jadilah.hehehe

sejak wani dgn aris contact balik tue, mereka jadi makin rapat. rapat yg lain lah. maw ckp dorang nie bercinta tidak juga, sbb aris ada gf dah. yg penting aris sllu certa masalah dgn wani lah. wani nie pulak pendengar yang setia, siap bagi nasihat & motivasi free lagi tau.

sepanjang mereka berkongsi itu dan ini, aris nie tiba-tiba ckp dgn wani.
"alangkah bgsnya kalau wani nie gf aris."

wani terkejut gilak2 bila aris ckp gtue....

jeng..jeng...jeng....

apa wani akan jawab? dia maw atau tidak dgn aris?
tunggu......

Sunday, July 10, 2011

Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Joanna
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Duet
T’lah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta


Detik Perkenalan..

salam, ingin aku mencoret sedikit kisah yang amat bernilai bagi dua insan ini.

mulanya perkenalan mereka hanya kerana 1 msj yg Wani (bukan nama sebenar) salah hantar. dia maw hntr dgn kwnnya yg telah lama lost contact dgn dia. nombor pun sdh hilang. jadi Wani pun agak2 jer lah apa nom kwnnya tue, lalu.....

lalu penerima mesej tersebut tanpa segan-silu pun mengreply jg msj wani.
"sepa nie? aku bkn c polan tue.."

wani terkejut dan malu (konon), tapi wani balas jg msej tue.
"sy wani. ko sepa? sorry salah send msj lah tue..sy ingat kwn sy td."
(nie bkn taktik maw mngorat ok!)

lelaki tue ingat dia kena tackle dan reply,
"nama aku aris (bukan nama sebenar). ndak pa2, btw selamat berkenalan. ko orng mna?"

aik! berkenalan pulak. untunglah..slh nom dgn lelaki.hehe =p
"sy orng bumi. hehe. juz kidding! sy orng sini. ko pulak?"

wow! dy bg greenlight nie maw berkenalan sma aku. ngeh3x.
"aku orng sana. lebih kurang pulak tmpt kita nie kan? hehe."

aiseh..maw pikat aku lah tue...hehe
"owh sana..sy tau jg tue. hehe. oklah, sory ganggu. nnt kita msj2 lg ya aris. bye."

tanda2 maw minta msej sma aku lg lah tue. hehehe
"ok, bye..salam..."




lps 2 atau 3 arie mgkn tue..
wani dan aris pun sllu msej2. kadang bertelefon jg. wani dan aris nie bkn lah sebaya. wani masih sek lg, fom 5. dia sek d sek asrama, jd hp mmg dilarang bwk lah. c aris nie pulak, stdy d overc (lalu laut cina selatan lah jg tp bkn 4 musim..hehe). wani dgn aris nie contact tym cuti pnjg ja lah. sbb cuti sabtu ahad wani tak balik rumah. maw kol guna public phone, masalahnya wani x hafal nom aris tue. nasib baik lah jg, kalau tdk mgkn satu hostel akan mengamuk dgn wani. yalah kan, nnt bergayut ja 24 jam di telefon tue. sah2 monyet pun kalah dgn wani. hahahaha!!


cuti panjang bermula.

tym nie, wani dgn aris xda pulak contact. c wani pulak no feeling tym c aris nie x contact dy. yalahkan, bwt apa maw peduli lelaki lain kalau dpn mata ada pujaan hati. hehehe~
1 perangai c wani yang mmg ssh maw dibuang ialah wani nie sorang yg suka delete nom orang d hp dia kalau orng tue sdh x contact dia selama sebulan. so, aris adalah salah seorang mangsa yg nombor hp nya didelete oleh wani. oleh kerana wani x hafal nom aris, jadi nama aris terkubur gtue ja lah dlm ingatan wani. dalam otak fikiran wani hanyalah someone yang dia angau2kan. hohoho!

............................................

apa terjadi lps tue? adakah aris akan contact balik wani??
tunggu...~

Saturday, July 09, 2011

Tamadun Islam dan Asia (TITAS)

FAKTOR HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Definisi hegemoni Barat ialah penguasaan sepenuhnya oleh kepimpinan sesebuah negara terhadap negara lain atau kumpulan negara lain. Manakala globalisasi bermaksud keadaan di mana dunia menjadi semakin mengecil ruangnya iaitu dari segi perhubungan manusia  disebabkan kemajuan teknologi maklumat. Fenomena ini berlaku melalui penjajahan, penguasaan ekonomi, penguasaan media-media massa utama dunia seterusnya globalisasi yang telah berjaya memperluaskan pengaruh hegemoni Barat ke seluruh negara di dunia.
            Faktor pertama berlaku fenomena tersebut ialah dominasi media utama dunia hari ini oleh Barat dan Yahudi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila hampir semua media cetak dan media elektronik penting dunia hari ini seperti Cable News Network (CNN), Associated Press (AP), UPI dan Reutres didominasi oleh pihak Barat dan Yahudi. Mereka memutar belit dan menggunakan penguasaan media utama dunia untuk menyebarkan idealogi atau persepsi mereka untuk memperluas pengaruh hegemoni mereka. Semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia berdasarkan dealogi Barat dan Yahudi. Buktinya apabila berlaku tragedi 11 September  di mana bangunan World Trade Center (WTC) musnah di bom oleh sebuah pesawat yang tidak dikenali Barat menggunakan dominasi media utama dunia dengan menyebarkan idealogi mereka dengan mengatakan masyarakat Islam ialah pengganas. Ini jelas menunjukkan cara mereka untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka ke serata dunia.
            Faktor yang kedua ialah dominasi ekonomi oleh Barat yang mempunyai banyak negara kuasa besar yang memiliki ekonomi yang kukuh telah menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui globalisasi ekonomi. Fenomena ini menyebabkan banyak ekonomi negara-negara kecil dan membangun terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar. Hal ini terjadi kerana negara kuasa besar

7
mempunyai ekonomi yang  mantap terutama dari segi kewangan dan syarikat-syarikat gergasi dunia yang dimiliki oleh mereka mempunyai banyak rangkaian di serata dunia.
Maka mereka senang menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui rangkaian syarikat mereka. Contohnya, peristiwa penurunan drastik nilai mata wang pada bulan Julai 1997 akibat serangan spekulator asing telah mengakibatkan pelbagai projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Selain banyak negara terpaksa menanggung beban hutang yang banyak di luar negara disebabkan oleh wujudnya ketidakseimbangan dalam dagangan eksport-import negara akibat globalisasi ekonomi.
            Seterusnya ialah dominasi politik dunia hari ini yang dikuasai blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Blok Barat yang mempunyai kekuatan ketenteraan, kuasa ekonomi, penguasaan media massa dan media elektronik dunia boleh memperluaskan pengaruh mereka ke atas politik dunia. Amerika Syarikat dan sekutunya menggunakan kekuatan ketenteraan yang ada dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan global untuk mengancam negara-negara lain yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai contoh, negara-negara Islam yang berpotensi untuk berkembang menjadi negara yang berpengaruh diancam oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan politik, mereka berjaya menguasai agensi-agensi penting antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lain-lain. Seterusnya, mereka mempergunakan institusi-institusi terbabit bagi mendominasi politik,ekonomi dan sistem kewangan dunia.
            Faktor lain hegemoni Barat dan globalisasi ialah dominasi budaya. Hal ini telah mempengaruhi nilai sosiobudaya masyarakat Islam dan Asia amnya yang bercanggah dengan nilai-nilai ajaran Islam dan budaya Timur. Barat menggunakan teknologi canggih dan media massa untuk menerapkan nilai-nilai budaya mereka yang dianggap terbaik,maju dan moden perlu diikuti oleh masyarakat dunia keseluruhannya. Pemikiran

8
dan gaya hidup masyarakat Barat yang berkonsepkan hedonisme lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat dunia seperti budaya kuning, pergaulan dan seks bebas dan lain-lain. Pemikiran dan gaya hidup Barat menjadi ikutan golongan muda-mudi sekarang kerana pengaruh yang kuat dalam media massa seperti majalah, filem dan lain-lain serta media elektronik yang boleh diikuti oleh mereka dengan mudah.
            Akhir sekali ialah dominasi intelektual yang memberi kesan ke atas pemikiran masyarakat dunia bagi mereka yang memperoleh pendidikan atau terdedah kepada sistem pendidikan Barat. Golongan terbabit menerima secara bulat-bulat nilai-nilai Barat selain memandang rendah nilai-nilai budaya mereka sendiri. Kebanyakan golongan terbabit terdiri daripada orang yang berpengaruh dan menguasai politik atau ekonomi sesebuah negara. Golongan inilah yang menghakis nilai-nilai budaya bangsa dan menggantikannya dengan nilai-nilai Barat yang dianggap lebih baik. Golongan ini menjadikan Barat sebagai role model mereka dalam kehidupan seharian kerana fikiran golongan terbabit dipengaruhi oleh Barat.     

Falsafah Pendidikan

HUBUNGKAITKAN CIRI-CIRI GURU YANG TERNYATA PADA FPG DALAM USAHA MEREALISASIKAN OBJEKTIF FPK
Semasa menjalankan PBS, kami telah diberi tugasan untuk menemuramah sekurang-kurangnya 3 orang guru yang telah berpengalaman selama 10 tahun dalam profesion perguruan. Saya dan rakan-rakan yang lain telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Kuala Berang, Terengganu. Responden yang telah kami temuramah terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Melalui temubual yang telah dijalankan di sekolah semasa PBS, saya dapati sebahagian guru masih belum lagi dan tidak sedar akan kepentingan FPG. Namun begitu, para guru di sekolah tersebut tetap mengaplikasikan konsep FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Dalam elemen FPG, perkara utama yang dititikberatkan adalah seorang guru mestilah berpekerti mulia. Berpekerti mulia di sini bermaksud guru tersebut perlu menunjukkan sahsiah yang baik seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya. Hal ini disebabkan, seorang guru adalah rol model kepada murid-muridnya. Secara puratanya, tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku empat puluh orang murid yang diajar olehnya.
Cuba anda bayangkan, jika seorang guru tidak menunjukkan sahsiah yang baik seperti datang lewat ke sekolah atau kelas, maka secara tidak langsung murid-muridnya akan mengikuti apa yang dilakukan oleh guru mereka iaitu mereka turut datang lewat ke sekolah. Alasan mereka tentu sahaja guru mereka pun datang lewat ke sekolah juga. Oleh yang sedemikian, dalam mendidik murid-murid menjadi seorang yang berpekerti mulia juga, guru perlu membuka langkah awal dahulu iaitu menjadikan dirinya seorang yang berpekerti mulia dulu.
Selain daripada itu, ciri-ciri seorang guru juga ialah berpandangan progresif dan saintifik. Ini bermaksud, mereka perlu berkembang mengikut peredaran zaman (up to date) yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Seperti yang dilakukan di SK Bukit Perah, semua murid-murid Tahun 5 diberikan komputer riba e-book untuk mereka gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan pemberian e-book ini, pengajaran dan pembelajaran murid-murid adalah hanya menggunakan e-book tersebut. Selain itu, penggunaan e-book ini untuk mengurangkan murid-murid membawa buku dalam jumlah yang banyak juga. Untuk subjek sains dan matematik pula, penggunaan LCD dilakukan untuk memudahkan murid-murid lebih memahami tentang tajuk yang dipelajari mereka.
Oleh kerana kurangnya alat bantu mengajar di sekolah tersebut, maka penggunaan LCD ini amat penting supaya tidak mengganggu guru untuk meneruskan proses P&P mereka. Selain itu, murid-murid akan berasa lebih teruja apabila dipaparkan nota dalam bentuk grafik dan gambar yang bergerak. Guru perlu berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional. Peranan Guru Besar amat penting di sini iaitu beliau perlulah menghantar guru-guru khususnya yang mengajar subjek Sains dan Matematik ini pergi ke kursus-kursus yang berkaitan tentang sains dan teknologi.
Seterusnya guru juga bersedia menjunjung aspirasi negara iaitu menghayati aspirasi negara yang dihasratkan oleh kerajaan dalam mencapai dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan negara kita. Seorang guru perlu berusaha secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Guru yang dapat menerapkan dan mengaplikasikan segala yang terdapat dalam FPK akan dapat merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan yang dapat menempuh era globalisasi dengan jayanya. Jika semua guru bersama-sama berganding bahu menjunjung aspirasi negara ini, tidak mustahil golongan anak bangsa kita akan setanding dengan luar negara. Secara tidak langsung akan melahirkan rakyat Malaysia yang berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna dan mempunyai kecekapan serat kompetensi diri yang baik.
Selain itu, rakyat Malaysia yang berpandangan jauh dan berinisiatif yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dapat dilahirkan. Guru yang ditemubual oleh saya mengatakan setiap guru di sekolah dikehendaki menghayati aspirasi negara sebagai panduan atau objektif dalam setiap pelaksanaan aktiviti sekolah seperti sukan tahunan sekolah.
            Elemen dalam FPG yang seterusnya adalah menyanjung warisan kebudayaan negara. Perkara menyanjung warisan kebudayaan negara ini bukanlah perkara yang remeh dan tidak perlu diambil berat oleh guru kepada murid-muridnya. Malah hal inilah yang penting agar warisan tidak ditelan dek zaman masa kini yang semakin maju dan menghanyutkan murid-murid sekarang seperti media massa sekarang iaitu laman sosial di internet seperti Facebook, Twitter dan Friendster. Jika guru abaikan perkara ini, tidak mustahil pemikiran anak bangsa yang akan datang ini akan terjejas dengan pemikiran luar. Oleh sebab itu, guru perlu mengajak murid-murid untuk menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini seperti Batu Bersurat yang terdapat di Kuala Berang, Terengganu yang mana menunjukkan agama Islam iaitu agama rasmi negara kita (kini) telah mula bertapak di Terengganu. Melalui warisan ini, guru perlu memupuk sifat bangga kepada murid-murid terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Kesimpulannya, dengan menerapkan unsur kebudayaan ini semasa P&P akan menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara.
            Selain daripada itu, guru perlu mempunyai sifat untuk menjamin perkembangan individu bukan sahaja dari segi pelajaran mereka tetapi secara menyeluruh iaitu perkembangan dari aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek. Sebagai contoh ialah gerak kerja ko-kurikulum yang mana merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Gerak kerja ko-kurikulum yang dilaksanakan di sekolah ini akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri.


Elemen FPG yang terakhir ialah guru perlu memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru merupakan individu yang rapat dengan murid. Oleh itu, dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Tanggungjawab guru inilah yang menyumbang kepada pembangunan negara kita. Anda pernah membaca sajak ‘Guru’ yang dikarang oleh Usman Awang? Daripada penulisan sajak beliau tersebut menunjukkan tanpa seorang guru maka tiadalah pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya. Oleh yang sedemikian, guru perlulah berusaha dan sentiasa memikirkan cara baru agar dapat mendidik murid menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting supaya proses P&P berjalan dangan lancar. Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

Friday, July 08, 2011

Otak Bisnes =)

hohoho.....
sy skrg suka berbisnes.
bkn sy sorang lah, ada g partner..
hehe
mmg byk rr plan kami maw jual apa.
utk permulaan nie sy jual keychain comel dgn perhiasan utk meja...
harap2 ramai yg berminat maw beli lah. hehe

Saturday, July 02, 2011

Takkan Pisah



kau takkan tinggalkankusayang aku ingin berbicara kepadamu tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu
reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga
jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

Orientasi Asrama AMAN

mggu nie mggu orientasi utk budak2 junior d asrama AMAN. nk bunyi sedap lg kena panggil "MINGGU TAUTAN KASIH". setakat nie ok lah jg mggu TK nie. bdk2 junior pun baik2, comey2 n frendly. dorang ada tugasan tau, kena sruh mnta tndatangan kakak senior. ada yg rajin and ada yg mls lah. yalah, kakak senior jumlah 57 org, mmg letih lah jg. hehe. tapi sabar yer adek2 nnt korang pun akan dpt rsa jg apa kami rsa skrg, hehe..

smlm mlm kebudayaan, mmg best lah jg. kreatif nie dorang. idea2 prsembahan dorng mmg best2. sdh jumpa dh bakal2 pelakon n penyanyi utk hostel nie. haa, kalau ada prtandingan sng lah, guna ja dorang. hehe. mencungkil bakat lah konon tue. hehe..

hmm, tue jer lah kot, gmbr?? xda lah, tmpt kwn. nnt dah dpt baru ltk ya? hehe.
Salam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers