Friday, December 02, 2011

Pentingkah Sekufu?

Assalamualaikum..
Semalam saya ada tengok Semanis Kurma, Channel 119 di Astro. Tajuk forumnya, "Pentingkah Sekufu?". Menarik pulak tajuk forum tue, saya pun apa lagi, layan teruslah. Hehe. Rancangan tue hampir sampai penghujungnya tapi sempat lagi lah dengar sikit2 apa yang dorang bincang. 

Masa saya dengar tue, timbullah juga keinsafan pada diri. Yalah, jujur saya katakan, dalam fikiran nie kalau sebut ja pasal sekufu mesti tentang harta, pekerjaan dan taraf tue mesti sepadan. Tak mau lah yang hensem sangat. Tak mau lah kalau kaya sangat atau miskin. Tak mau kalau kerja sendiri atau xda kerja. Memilih kan? Hmm, memilih tue memang boleh, tapi jangan hanya pandang pada luaran sahaja. Jangan pandang pada pekerjaan bakal suami/isteri. Jangan hanya pandang pada rupa bakal suami/isteri.

Lepas tue, memang budaya tempat kita kan, kalau pergi merisik mesti soalan yang ditanya apa pekerjaan si anak? berapa gaji si anak? sudah lama kah mereka nie kenal? Hmm, lebih kurang gnie kot, saya dengar pun kat rancangan nie lah. Hehe. Tapi, sebenarnya  parents perlu tanya juga, sudah khatam Quran kah si anak? solat cukup tak? Puasa cukup tak?. Hal nie bukannya perkara remeh,. Yalah, tanpa pegangan agama yang kukuh macamna nak membina mahligai bahagia di dunia dan akhirat kan? Lagi-lagi si suami. Sebabnya, mereka lah ketua keluarga merangkap pembimbing kepada isteri dan anak-anak supaya menjadi soleh dan soleha.

Jadi, saya pun terfikir lah saya nie termasuk golongan mana? Samada yang memandang luaran sahaja atau kedua-duanya?? Saya harap lepas nie tengok pada pegangan agamanya dahulu. Bak kata pepatah, cantik seseorang tue lahirnya dari dalamannya......So, kalau cantik di dalam, di luar automatik turut menjadi cantik...InsyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers