Tuesday, July 26, 2011

Beribu Sesalan

kenapa?kenapa?kenapa dia bwt aku begini? wani terkejut sangat apabila terbaca apa yang di'post' oleh aris.

>>>"KASIH KU KEMBALI"<<<

perasaan wani seperti dihempap oleh sebiji batu yg besar, gedebuk! OMG! biar betul aris nie. wani berbelah bahagi sama ada hepy dengan mereka yang kini telah kembali bersama atau sebaliknya. wani tidak percaya dengan apa yang dia baca. berkali-kali wani baca apa yang di post oleh aris tersebut. wani mengharapkan apa yang di post tue hanyalah gurauan atau mimpi sahaja. mungkin mata wani yang salah lihat. mungkin bibir wani yang salah baca. namun, wani kena terima hakikat bahawa aris dan gfnya telah kembali semula.


serta-merta wani remove aris dari fbnya, remove aris dari blognya, padam segala-galanya yang ada kaitan dengan aris. kalau boleh wani mahu kenangan bersama aris hilang dan terpadam secepat mungkin. betapa seksanya jiwa wani setiap kali terfikir mengenai perbuatan aris. namun, wani perlu redha dengan apa yang terjadi. wani harus mendoakan kebahagiaan aris kerana hubungan mereka berdua kembali semula, pulih seperti sediakala. tetapi, setiap kali wani ingin berbuat demikian hati dan jiwanya pedih sangat-sangat. bak kata orang luka di luar boleh pulih, tetapi luka di hati belum tentu lagi.

untuk melepaskan kekecewaan yang melanda wani, dia post sesuatu di blognya dan mengharapkan agar aris membaca apa yang dia post tersebut. wani harap dengan kata-katanya tue aris sedar dengan apa yang telah dia lakukan.


Kisah janji
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


***************************************************************
selepas kejadian tue.....

wani telah memulakan kehidupan studentnya seperti biasa. fikirannya telah kembali seperti biasa dan tidak serabut lagi memikirkan hal-hal yang remeh sedemikian. fikirannya memang tidak pernah lagi memikirkan tentang aris lagi. wani telah membuang nama aris jauh2, sejauh yang boleh. wani kini bahagia bersama teman-temannya dan keluarganya.

dalam tempoh tue jg ex wani ingin kembali semula bersama wani, namun wani tidak dapat terima kerana kepercayaannya terhadap lelaki telah luntur. dengan semua lelaki dia berasa ragu-ragu. wani tahu segala yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya.

hampir setengah tahun wani langsung tak dengar khabar mengenai aris. bukannya dia nak tau jg sebenarnya.hehe:) dan masa nie juga wani pun telah tamat studynya untuk pra di maktab. alhamdulillah, peperiksaan dapat wani jawab dengan mudah dan wani harap keputusannya cemerlang. amin...

cuti hujung tahun pun telah bermula selama sebulan setengah. wani kembali pulang di tanah airnya yang tercinta. sepanjang cuti tue wani bekerja di kedai family, jadi cashier, tukang masak, tukang buat air dan macam-macamlah kerja wani buat. rajin x? hehe

pada suatu malam tue, sebelum wani melelapkan matanya tiba-tiba ada mesej masuk. sampai 2 page pulak tue.

"haisshh, siapalah hantar mesej panjang2 nie, orang maw tido sudah bha nie," monolog wani.

tapi wani baca juga sebab susunan mesej tue smart. bunyi mesej tue macamnie.

"saya ada sebilah gunting....bla,bla,bla,bla......(part last tue best)
gunting tue saya simpan dalam laci, tapi awak dalam hati.. :)"


wow! wani pelik, sepa pulak send mesej smart btol nie. wani tengok nombornya, 014*******. macam kenal ja nom nie. OMG!!!! takkan....................

siapakah gerangan yang menghantar mesej tue..??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers