Saturday, July 09, 2011

Tamadun Islam dan Asia (TITAS)

FAKTOR HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Definisi hegemoni Barat ialah penguasaan sepenuhnya oleh kepimpinan sesebuah negara terhadap negara lain atau kumpulan negara lain. Manakala globalisasi bermaksud keadaan di mana dunia menjadi semakin mengecil ruangnya iaitu dari segi perhubungan manusia  disebabkan kemajuan teknologi maklumat. Fenomena ini berlaku melalui penjajahan, penguasaan ekonomi, penguasaan media-media massa utama dunia seterusnya globalisasi yang telah berjaya memperluaskan pengaruh hegemoni Barat ke seluruh negara di dunia.
            Faktor pertama berlaku fenomena tersebut ialah dominasi media utama dunia hari ini oleh Barat dan Yahudi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila hampir semua media cetak dan media elektronik penting dunia hari ini seperti Cable News Network (CNN), Associated Press (AP), UPI dan Reutres didominasi oleh pihak Barat dan Yahudi. Mereka memutar belit dan menggunakan penguasaan media utama dunia untuk menyebarkan idealogi atau persepsi mereka untuk memperluas pengaruh hegemoni mereka. Semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia berdasarkan dealogi Barat dan Yahudi. Buktinya apabila berlaku tragedi 11 September  di mana bangunan World Trade Center (WTC) musnah di bom oleh sebuah pesawat yang tidak dikenali Barat menggunakan dominasi media utama dunia dengan menyebarkan idealogi mereka dengan mengatakan masyarakat Islam ialah pengganas. Ini jelas menunjukkan cara mereka untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka ke serata dunia.
            Faktor yang kedua ialah dominasi ekonomi oleh Barat yang mempunyai banyak negara kuasa besar yang memiliki ekonomi yang kukuh telah menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui globalisasi ekonomi. Fenomena ini menyebabkan banyak ekonomi negara-negara kecil dan membangun terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar. Hal ini terjadi kerana negara kuasa besar

7
mempunyai ekonomi yang  mantap terutama dari segi kewangan dan syarikat-syarikat gergasi dunia yang dimiliki oleh mereka mempunyai banyak rangkaian di serata dunia.
Maka mereka senang menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui rangkaian syarikat mereka. Contohnya, peristiwa penurunan drastik nilai mata wang pada bulan Julai 1997 akibat serangan spekulator asing telah mengakibatkan pelbagai projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Selain banyak negara terpaksa menanggung beban hutang yang banyak di luar negara disebabkan oleh wujudnya ketidakseimbangan dalam dagangan eksport-import negara akibat globalisasi ekonomi.
            Seterusnya ialah dominasi politik dunia hari ini yang dikuasai blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Blok Barat yang mempunyai kekuatan ketenteraan, kuasa ekonomi, penguasaan media massa dan media elektronik dunia boleh memperluaskan pengaruh mereka ke atas politik dunia. Amerika Syarikat dan sekutunya menggunakan kekuatan ketenteraan yang ada dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan global untuk mengancam negara-negara lain yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai contoh, negara-negara Islam yang berpotensi untuk berkembang menjadi negara yang berpengaruh diancam oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan politik, mereka berjaya menguasai agensi-agensi penting antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lain-lain. Seterusnya, mereka mempergunakan institusi-institusi terbabit bagi mendominasi politik,ekonomi dan sistem kewangan dunia.
            Faktor lain hegemoni Barat dan globalisasi ialah dominasi budaya. Hal ini telah mempengaruhi nilai sosiobudaya masyarakat Islam dan Asia amnya yang bercanggah dengan nilai-nilai ajaran Islam dan budaya Timur. Barat menggunakan teknologi canggih dan media massa untuk menerapkan nilai-nilai budaya mereka yang dianggap terbaik,maju dan moden perlu diikuti oleh masyarakat dunia keseluruhannya. Pemikiran

8
dan gaya hidup masyarakat Barat yang berkonsepkan hedonisme lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat dunia seperti budaya kuning, pergaulan dan seks bebas dan lain-lain. Pemikiran dan gaya hidup Barat menjadi ikutan golongan muda-mudi sekarang kerana pengaruh yang kuat dalam media massa seperti majalah, filem dan lain-lain serta media elektronik yang boleh diikuti oleh mereka dengan mudah.
            Akhir sekali ialah dominasi intelektual yang memberi kesan ke atas pemikiran masyarakat dunia bagi mereka yang memperoleh pendidikan atau terdedah kepada sistem pendidikan Barat. Golongan terbabit menerima secara bulat-bulat nilai-nilai Barat selain memandang rendah nilai-nilai budaya mereka sendiri. Kebanyakan golongan terbabit terdiri daripada orang yang berpengaruh dan menguasai politik atau ekonomi sesebuah negara. Golongan inilah yang menghakis nilai-nilai budaya bangsa dan menggantikannya dengan nilai-nilai Barat yang dianggap lebih baik. Golongan ini menjadikan Barat sebagai role model mereka dalam kehidupan seharian kerana fikiran golongan terbabit dipengaruhi oleh Barat.     

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my followers